Ahad, 4 Jun 2017

SAYONARA KOOPREKO

Tarikh 31 Disember 2016 merupakan hari terakhir saya menjalankan tugas sebagai Setiausaha Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad. Sudah berakhir perjalanan saya menggalas tanggungjawab di koperasi bermula tahun 2001 (sebagai Penolong Bendahari, 2002 & 2003 sebagai Bendahari, 2004 - 2016 sebagai Setiausaha) iaitu sejak mula-mula saya melaporkan diri untuk bertugas di SMK Jalan Reko. Bermula 1 Januari 2017 saya ditugaskan pula sebagai Guru Perpustakaan & Media, Pusat Sumber SMK Jalan Reko.

Blog ini merupakan blog peribadi dan saya ciptakan untuk merakam peristiwa yang berlaku di koperasi dan juga di sekolah sebagai rujukan untuk masa akan datang. Lama juga saya tidak meng'update' blog ini kerana kekangan masa dan ini adalah catatan terakhir saya di sini. Saya telah mencipta blog https://psreko.blogspot.com untuk tugas saya yang baru, memandangkan laman web atau blog pusat sumber menyumbangkan markah untuk instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah.

Pada 25 Mei 2017, saya menjalankan tugas rasmi terakhir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad Kali Ke-19. Saya doakan koperasi terus maju di bawah pengurusan yang baru dan saya akan terus membantu apa-apa yang perlu. Segala yang pernah saya rasa sepanjang 16 tahun di koperasi..pahit, manis, suka, duka, tawa dan tangisan..akan menjadi kenangan terindah dan akan kekal terpahat di sanubari selagi hayat dikandung badan. Saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan sepanjang mengendalikan blog ini dan sepanjang menguruskan koperasi. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari saya sendiri.





God has a reason for
allowing things to happen.
We may never
understand His wisdom
but we simply have to
trust His will…

" SAYONARA KOOPREKO "
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *