Sabtu, 2 April 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kali Ke-17



Pada jam 9.00 pagi tadi, SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010 di Dewan Lestari. Majlis yang bertemakan warna ungu tahun ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam kelas serta pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR, SPM dan STPM.




Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Abdul Rahman b. Ajam, Yang Di Pertua PIBG SMK Jalan Reko. Terdapat tiga orang Pengawas Koperasi yang turut menerima anugerah ini iaitu Nor Syaherah bt. Roslan, Siti Amira bt. Romzi dan Farah Amirah bt. Fauzi Al-Aqsa. Manakala Bekas Pengawas Koperasi iaitu Muhammad Fazwan b. Jalaludin dan Nurul Atikah Misnan pula menerima anugerah di atas kecemerlangan yang ditunjukkan di dalam peperiksaan SPM.


Ahad, 27 Mac 2011

Kursus Kepimpinan & Hari Keluarga Koperasi



Pada 26 & 27 Mac, Kelab Koperasi telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Koperasi dan Hari Keluarga Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Ianya melibatkan 24 orang Pengawas Koperasi, 5 orang bekas Pengawas Koperasi, 13 orang pelajar dan 4 orang Guru Koperasi.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Motivasi yang dikendalikan oleh En. Mohd Syahizam b. Shair, Makan Malam BBQ (Persembahan & Cabutan Bertuah) dan Sukaneka (Enam Permainan).



Persembahan yang dijalankan adalah menekankan nilai kerjasama yang merupakan prinsip paling penting di dalam Koperasi. Pelajar-pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang mereka tidak biasa bersama sebelum ini dan mereka perlu membuat satu persembahan yang diadili oleh tiga orang juri.



Pihak Koperasi mengharapkan agar aktiviti yang telah dijalankan ini telah dapat mengeratkan hubungan sesama Pengawas koperasi untuk menguruskan Kedai koperasi dengan lebih baik lagi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *