Ahad, 27 Mac 2011

Kursus Kepimpinan & Hari Keluarga Koperasi



Pada 26 & 27 Mac, Kelab Koperasi telah berjaya mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Koperasi dan Hari Keluarga Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Ianya melibatkan 24 orang Pengawas Koperasi, 5 orang bekas Pengawas Koperasi, 13 orang pelajar dan 4 orang Guru Koperasi.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Motivasi yang dikendalikan oleh En. Mohd Syahizam b. Shair, Makan Malam BBQ (Persembahan & Cabutan Bertuah) dan Sukaneka (Enam Permainan).



Persembahan yang dijalankan adalah menekankan nilai kerjasama yang merupakan prinsip paling penting di dalam Koperasi. Pelajar-pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang mereka tidak biasa bersama sebelum ini dan mereka perlu membuat satu persembahan yang diadili oleh tiga orang juri.



Pihak Koperasi mengharapkan agar aktiviti yang telah dijalankan ini telah dapat mengeratkan hubungan sesama Pengawas koperasi untuk menguruskan Kedai koperasi dengan lebih baik lagi.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *