Rabu, 23 Mac 2011

Keputusan SPM 2010



Pada jam 11.00 pagi tadi, bekas pelajar SMK Jalan Reko yang mengambil SPM tahun 2010 telah menghadirkan diri untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka di Dewan Lestari. Di antara mereka, terdapat sembilan orang pelajar yang pernah menjadi pengawas koperasi.



Pihak Koperasi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang terutamanya kepada Muhammad Fazwan b. Jalaluddin, bekas Pengawas Koperasi yang telah mendapat 7A, 1B dan 1C. Sesungguhnya kami amat bangga dengan pencapaian anda.



Semoga kejayaan yang diraih ini akan membakar semangat adik-adik yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharap-harapkan, janganlah berputus asa kerana masa depan anda masih panjang. Masih banyak peluang menanti anda di hadapan.



6 ulasan:

Shazwan berkata...

tahniah kepada mereka

blackrosehunter berkata...

tahniah kepada yang berjaya..yang kurang bernasib baek jangan terlalu berduka..perjalanan baru sahaja bermula.


Blackrose's latest entry: Jom buat duit !

bdk johor berkata...

wah!! tahniah2 pada yg berjaya. terutama pada cikgu eh. hehe

My Super Miracle Plus berkata...

tahniah kepada semua cikgu2 yang bertungkus lumus menabur bakti!!! keep it up!!!

khairul berkata...

camna pencapaian thn ni ? ok dr thn lepas ?

cikguhaslina berkata...

terima kasih semua, alhamdulillah ada peningkatan...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *