Selasa, 9 Mac 2010

"Lawatan Pegawai Audit SKM"

Encik Zawawi, Pegawai Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah hadir
ke Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad pagi ini untuk mengambil fail-fail dan
dokumen yang berkaitan dengan proses pengauditan.




Bendahari Koperasi menyerahkan fail-fail berkaitan dengan kewangan bagi tempoh
perakaunan berakhir 31 Ogos 2009. Setiausaha Koperasi pula menyerahkan
dokumen berkaitan dengan keahlian anggota dan minit mesyuarat sepanjang tempoh
perakaunan tersebut.



Proses pengauditan ini dijangka memakan masa selama lebih kurang sebulan. Selepas
proses ini selesai barulah koperasi boleh mengadakan mesyuarat agung tahunannya.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *