Khamis, 3 Jun 2010

Majlis Makan Malam Amal

Pada hari Ahad 30 Mei 2010, Majlis Makan Malam Amal anjuran PIBG SMK Jalan Reko telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Majlis yang diadakan pada jam 8.30 malam ini diadakan sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul dana bagi pembinaan Dataran Berbumbung SMK Jalan Reko.

Matlamat pembinaan Dataran Berbumbung ini adalah untuk menyediakan satu tempat bagi perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan kegiatan lain dengan lebih kondusif, selesa dan selamat untuk pelajar-pelajar. Kos pembinaan keseluruhan projek Dataran Berbumbung ini dianggarkan sebanyak RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu sahaja).

Di antara pengisian majlis ini ialah pertunjukan slaid, persembahan tarian, Cak Lempong, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah menyumbangkan RM200.00 untuk menjayakan program ini.



Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *