Jumaat, 27 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011



Pada jam 8.00 pagi tadi, Bidang Bahasa SMK Jalan Reko telah menganjurkan Sambutan Hari Guru di Dataran Wawasan. Majlis dimulakan dengan perarakan guru diiringi paluan kompang ke Pentas Wawasan untuk melafazkan Ikrar Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia.



Majlis diteruskan dengan ucapan dan persembahan pelajar sebelum berhenti rehat seketika disebabkan hujan. Selepas guru-guru selesai menikmati jamuan di Bilik Katering, majlis disambung semula dengan acara persembahan guru dan pelajar di Dewan Lestari.





Sempena Sambutan Hari Guru Tahun ini, Pengawas Koperasi telah mengambil tempahan dari pelajar untuk menyediakan dan menghantar hadiah (epal dan kit-kat) kepada guru-guru. Pada jam 5.00 petang semalam mereka telah berjaya menyiapkan tempahan itu dan hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan kepada guru-guru.



Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah menyumbangkan Biskut Cream-O, Biskut Captain Munch dan Air Teh Hijau untuk para guru. Koperasi juga telah berjaya mendapatkan sumbangan air botol dari Syarikat L.B. Food Sdn Bhd untuk diberikan kepada semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah.



Pengawas Koperasi telah menyiapkan sebanyak 2000 kupon yang diedarkan kepada pelajar sebelum majlis bermula. Pelajar-pelajar menukarkan kupon-kupon itu di koperasi untuk mendapatkan sebotol air Fruit 10 semasa rehat.

3 ulasan:

mjali berkata...

hari2 saya buat ucapan pada cikgu.. hehehe..

soooooour berkata...

wah...aktifnya koperasi sek cikgu....

Abang Long berkata...

Salam...nampak meriah. Last sekali meraikan guru (masa kat sekolah) tahun 1985 (SPM)...ish3, lama bebenor yer?

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/blog-kucing.html

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *