Khamis, 7 Julai 2011

Seminar Teknik Menjawab Soalan Ekonomi Asas



Pada hari Khamis, 7 Julai 2011 (7.30 pagi - 4.30 petang) Program Peningkatan Akademik Panitia Ekonomi Asas Daerah Hulu Langat telah diadakan di Inti International Universiti, Nilai Negeri Sembilan. Program yang dihadiri oleh seorang guru dan empat orang pelajar bagi setiap sekolah di Daerah Hulu langat itu diadakan dengan tujuan untuk :

1. menambah minat pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi Asas
2. meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan esei dan objektif
3. meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi ujian dan peperiksaan
4. mewujudkan kerjasama dalam mencari ilmu pengetahuan
5. meningkatkan peratus gred A dalam peperiksaan SPM 2011
6. memberi motivasi kepada pelajar untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.



SMK Jalan Reko telah menghantar Muizzuddin bin Othman (5TV1), Nur Akmal Shah bin Kamarudin (5TV1), Haziq Akmar bin Jamaluddin (5TV1) dan Muhammad Syazwan Naim (5TV2) diiringi oleh Pn. Haslina bt. Ibrahim, Ketua Panitia Ekonomi Asas.


Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *