Sabtu, 15 Oktober 2011

Ibadat Haji 1432H - Salam Kemaafan

Pada jam 10 pagi Selasa 11 Oktober 2011, saya telah menerima surat Makluman Kursus Khas Haji (KKH) Bagi Musim Haji 1432H (2011M). Pada masa itu, rasa seperti tidak percaya dengan surat tersebut, mungkin silap hantar atau mungkin silap tarikh. Saya bukan di dalam senarai menunggu, tidak pernah juga menghadiri mana-mana kursus haji sebelum ini. Keesokannya bila suami menghubungi Pihak Tabung Haji, mereka mengesahkan kebenaran surat tersebut dan memberi surat Tawaran Untuk Mengerjakan Haji (Terpilih).

Jadi, pada pagi itu juga saya pergi ke Hentian Kajang untuk membuat passport. Waktu itu berbagai perkara berada di dalam fikiran saya. Tidak dapat digambarkan perasaan saya lebih-lebih lagi bila mengingatkan saya akan berpisah dengan anak-anak dalam jangkamasa yang agak lama. Tetapi saya harus membuang jauh segala perasaan itu. Saya adalah antara insan terpilih dan saya tidak harus mensia-siakan peluang ini.

Kemudian saya bersama dengan suami pergi ke Pejabat Tabung Haji Cawangan Bandar Baru Bangi untuk mengesahkan penerimaan tawaran tersebut. Seterusnya, kami ke Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur untuk menguruskan visa. Jam sudah menunjukan pukul 3.00 petang tapi kami tak terasa pun untuk makan dan minum. Kami terus membeli barangan keperluan haji yang dijual di situ. Setelah itu, kami terus ke Pusat Rawatan Az-Zahrah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah, urusan kami selesai dalam masa satu hari.

Pada pagi Jumaat 14 Oktober, kami telah menerima Jadual Penerbangan iaitu KT76, melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada hari Selasa 25 Oktober jam 9.30 malam. Kami akan berlepas dari KLIA dan akan terus dibawa ke Mekah.



Jadi, di kesempatan ini saya ingin meminta ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan. Mohon juga semua sahabat handai, semua yang mengenali saya mendoakan kami, suami isteri selamat pergi dan selamat kembali serta dipermudahkan segala urusan seterusnya memperolehi haji yang mabrur.

6 ulasan:

LadyBird berkata...

Alhamdulillah.. Akak akan menjadi tetamu Allah..
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan dan keberkatan sepanjang berada di sana..
Lady doakan akak menjadi tetamu yang terhormat di sisi Allah..mendapat haji yang mabrur..
doakan lady agar sihat dan sejahtera sellau yer kak.. :D..

-Incek Fik- berkata...

Syukur Alhamdulillah kerana cikgu terpilih menjadi tetamu Allah.

Bukan senang peluang keemasan tu. Manfaatkanlah ia sebaiknya ^^

Unknown berkata...

tahniah dpt jd tetamu Allah... :)

Pondok Usang berkata...

sama2 kite bermaafan... doakan utk sy ye cikgu.. ~anak jati kajang~

kizmyself berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan di sana...doakan saya juga cikgu kat sana.

rafina mimi abdullah berkata...

saya maafkan..semoga selamat pergi dan selamat pulang dapat di harapkan dapat haji mabrur

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *