Jumaat, 23 Mac 2012

Praktikal Tawaf Haji dan Umrah



Ibadat Haji dan Umrah merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim yang berkemampuan. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam, ianya merupakan tajuk yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4. Justeru untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Tabung Haji telah merancang mengadakan Praktikal Tawaf Haji dan Umrah.



Pada jam 7.30 pagi tadi program ini telah berlangsung di Dataran Wawasan yang melibatkan semua pelajar dan guru Islam sesi pagi. Taklimat telah disampaikan oleh pihak Tabung Haji manakala praktikal tawaf disertai oleh semua pelajar dan guru Islam. Majlis ini berakhir pada jam 10.30 pagi.





1 ulasan:

Shad berkata...

bestnya... teringin pulak nk g haji..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *