Jumaat, 13 April 2012

Pertandingan Kawad Kaki 2012

Pada jam 7.30 pagi tadi, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Tujuh pasukan yang bertanding ialah Pengakap, Kadet Bomba, Pandu Puteri, Puteri Islam, PBSM, KRS dan Kadet Polis.




Pertandingan ini diadakan dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama dan menonjolkan kredibiliti kepimpinan serta semangat kecintaan pada negara dalam kalangan generasi sekarang. Antara tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk melahirkan semangat setiakawan dan saling bekerjasama antara ahli kumpulan.




Johan keseluruhan pertandingan ini ialah pasukan Pengakap, Naib johan Kadet Bomba dan tempat ketiga ialah KRS. Ketua Platun terbaik pula dimenangi oleh Muhammad Arif b. Idris dari pasukan Pengakap.




Adalah diharapkan, dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat mewujudkan amalan hidup sihat dan cemerlang serta berdisiplin dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *