Ahad, 1 Julai 2012

Maklumat HKS 2012

Kemuncak Sambutan HKS 2012 - Apa akan berlaku pada 3/7/12 di SMK Jln Reko ?


Jam 7.30 pagi
Pelajar masuk kelas dan belajar seperti biasa.
Jam 9.50 pagi
Pelajar tingkatan 3 & 6 akan turun dan mengikuti aktiviti HKS
Jam 10.25 pagi
Pelajar tingkatan 4 & 5 akan turun dan mengikuti aktiviti HKS

Aktiviti HKS 2012


1) Gerai Jualan
Terdapat 22 gerai jualan yang akan dibuka mulai 9.50 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Tempat Meletak Kereta Berbumbung milik koperasi. Berbagai makanan dan minuman disediakan seperti Ice-blended, ABC, Aneka Nasi, Roti John, Roti Bun, Buah Jambu,dan sebagainya.

2) Paintball
Akan beroperasi pada jam 9.50 pagi hingga 3.00 petang. Tempatnya ialah di sebelah Tempat Meletak Kereta Berbumbung. Ianya bukan perlawanan berkumpulan tetapi lebih kepada aksi Penembak Tepat. Penganjur menyediakan hamper untuk individu yang menjatuhkan pin paling banyak.

3) Rumah Hantu
Bermula pada jam 9.50 pagi hingga 3.00 petang di Dewan PPKI. Akan dikendalikan oleh Kadet Polis.


4) Pertandingan Lukisan
Dijalankan pada jam 10.30 pagi hingga selesai. Pelajar dan guru yang berminat boleh mendaftar di koperasi dengan bayaran RM 1.00, kertas lukisan disediakan tetapi kaler mestilah dibawa sendiri. Tajuk lukisan ialah “Suasana Sambutan HKS 2012”. Peserta boleh duduk di mana-man sudut yang sesuai dan hantarlah lukisan anda ke koperasi setelah selesai. Hadiah hamper akan diberi kepada peserta yang menjadi Johan (akan membawa pulang hamper bernilai RM120), Naib Johan dan Tempat Ketiga.


5) Pertandingan Futsal Separuh Akhir & Akhir
Akan dijalankan di Padang pada jam 10.30 pagi hingga selesai. Johan pertandingan akan menerima piala emas dan hamper, Naib Johan mendapat piala perak dan hamper manakala tempat ketiga pula piala gangsa dan hamper.


6) Kereta Drift
Bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 t/hari di Dataran Wawasan. Pelajar dan guru yang ingin menaiki serta mengalami pengalaman berada di dalam kereta drift bolehlah menyediakan RM10 sekali naik. Disebabkan aktiviti ini berlangsung pada sesi persekolahan pagi, pelajar petang bolehlah datang awal ke sekolah.

7) Pertandingan Fotografi (Kereta Drift)
Bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 t/hari. Peserta perlu merakamkan aksi kereta drift sedang berpusing. Hanya boleh menggunakan Kamera Digital dan DSLR sahaja. Bayaran pendaftaran adalah RM1.00 sahaja kepada Kelab Fotografi. Hadiah menarik disediakan.


8) Reko Idol (Akhir)
Akan berlangsung di Dewan Lestari selepas aksi Kereta Drift berakhir iaitu pada jam 12 t/hari hingga selesai (lebih kurang jam 2.00 petang). Daripada 51 peserta yang hadir untuk ujibakat, hanya 10 orang peserta terpilih untuk ke peringkat akhir. Bayaran masuk untuk menyaksikan pertandingan ini ialah RM1.00 dan penonton berpeluang untuk menjadi juri awam yang akan menyumbangkan 50% markah keseluruhan kepada peserta yang bertanding. Penonton juga berpeluang memenangi cabutan bertuah melalui nombor tiket tersebut. Johan Reko Idol akan membawa pulang Wang Tunai RM100 beserta hamper bernilai RM120, Naib Johan RM50 beserta hamper dan Tempat Ketiga RM30 beserta hamper.

Pada jam 10.25 pagi, semua grill tangga akan ditutup kecuali tangga laluan guru @ pelawat. Pelajar tidak dibenarkan naik ke blok kecuali dengan kebenaran.

Pelajar sesi pagi boleh pulang pada jam 1.05 petang tetapi kepada yang belum mahu pulang, anda boleh meneruskan sokongan kepada aktiviti yang dijalankan.

Pelajar sesi petang pula perlu naik ke kelas pada jam 2.50 petang dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa.
Diharapkan semua pelajar dapat menjaga disiplin sepanjang masa dan bawalah duit lebih untuk mengikuti program yang dijalankan.

1 ulasan:

Outbound Malang berkata...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *