Ahad, 12 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Untuk tatapan semua warga dan bekas warga SMK Jalan Reko, juga semua pengunjung blog koopreko serta rakan facebook Koopreko Kajang Berhad dan facebook Haslina bt. Ibrahim...


Seminggu lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Kemeriahan raya mula terasa apabila lagu-lagu raya mula berkumandang di sini sana, begitu juga dengan jualan kuih raya dan baju raya. Di kesempatan ini admin ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa dan tersilap coretan sepanjang mengendalikan blog yang serba kekurangan ini.


Seperti sebuah perjalanan hidup, semua yang telah terjadi tak mungkin berulang, semua yang pernah terucap juga pasti berbekas, hanya doaku semoga setiap kesalahan yang dilakukan akan di ampuni...


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau senda ada khilaf dan dosa, mohon ampun dan maaf atas segalanya...


Biar kulit segelap Almond London asalkan hati sesuci Kuih Bangkit, biar iman setebal Dodol jangan senipis Rempeyek, biar jiwa selembut Bahulu asalkan akhlak secantik Biskut Dahlia, senyumlah semanis Wajik agar hari raya disambut penuh bermakna, semoga tarbiyyah Ramadhan mampu menjadi pendinding, agar menjadi mukmin sejati di hari raya...


Berharap padi di dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, hanya terlayang di blog ini....


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN...

1 ulasan:

Outbound di malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *