Jumaat, 18 Januari 2013

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar 2013

Pada jam 7.30 pagi tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar di Dataran Wawasan. Majlis ini adalah satu majlis khas yang dirancang dengan menggabungkan 12 Barisan Kepimpinan Pelajar yang utama di sekolah iaitu Pengawas PPKI, Badan Pengurusan Kelas PPKI, Pengawas Pusat Sumber PPKI, Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengurusan Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pembimbing Rakan Sebaya, Ahli Kelab Pencegahan Jenayah, Pengawas SPBT, Pengawas Surau dan Pasukan Quarter Master Sekolah.



Secara amnya, Barisan Kepimpinan ini ditubuhkan bertujuan untuk melatih dan membimbing para pelajar dengan segala aspek kepemimpinan di samping membina keyakinan diri serta memantapkan lagi sahsiah mereka.  Oleh hal yang demikian, para pemimpin pelajar ini kelak diharapkan akan dapat menjadi 'role model' kepada pelajar-pelajar lain secara keseluruhannya.  




Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mustafa bin Mohd Isa.  Selepas itu ucapan perasmian disampaikan oleh tetamu undangan yang seterusnya menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi 12 badan terbabit.  Akhir sekali, Lafaz Ikrar Kepimpinan diketuai oleh Mohd Arif bin Idris, yang merupakan Ketua Pelajar pada tahun 2013.



"BERDISIPLIN BERILMU BERWAWASAN"

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *