Ahad, 7 Julai 2013

Kem Ungu 2013

 

Pada jam 8.00 pagi hari Sabtu 6 Julai 2013, Kem Literasi Kepimpinan Unit Hal Ehwal Murid telah dijalankan. Kem yang bertemakan Satu Perjuangan Menjalin Ukhwah Persaudaraan dan Kasih Sayang ini melibatkan semua pemimpin pelajar SMK Jalan Reko, termasuk Pengawas Koperasi. 

Majlis dimulakan dengan acara senamrobik. Selepas perasmian dijalankan oleh Pengetua SMK Jalan Reko, beberapa permainan secara serentak dikendalikan oleh pelajar Tingkatan Enam iaitu Baling Selipar (Padang), Baling Getah (Dataran Wawasan), Batu Seremban (Dewan Lestari), Galah Panjang (di antara Blok B & C) dan Teng teng.

Para peserta menikmati Sate dan Nasi Beriyani semasa rehat iaitu lebih kurang jam 10.30 pagi. Seterusnya, acara Sorakan dipertandingkan antara kumpulan.  Acara terakhir ialah Mencari Katak (kertas berwarna ungu yang telah diletakkan di merata tempat di sekitar kawasan sekolah). Selepas pembahagian hadiah dijalankan, majlis bersurai lebih kurang jam 1.00 petang.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *