Isnin, 1 Julai 2013

Sambutan HKS 2013

Pagi tadi telah berlangsung majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah di Dataran Wawasan, SMK Jalan Reko.     Majlis ini dipengerusikan oleh Siti Amira bt. Romzi, Ahli Lembaga Koperasi Tingkatan 5TV4. Tiga perutusan yang dihantar telah dibaca oleh Farah Syahidah bt. Salehuddin, Nur Syazwani bt. Shaharum dan Abdul Razak b. Mohd Isa.



Selepas bacaan perutusan, Pengawas koperasi mempersembahkan Koir Lagu Koperasi dan diikuti dengan penerangan tentang koperasi serta lafaz perasmian oleh Pn. Zaitun bt. Ibrahim, Pengerusi Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad. Seterusnya, beliau menanam Pokok Jasmine Sambac yang disumbangkan oleh pihak koperasi untuk menghijaukan persekitaran sekolah dengan bantuan pelajar Landskap.






Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *