Selasa, 24 Jun 2014

Kem Pemantapan Diri Pengawas Koperasi 2014


Pada hari Sabtu 26 April 2014, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah mengadakan Kem Pemantapan Diri Pengawas Koperasi Di SMK Jalan Reko. Kem yang dihadiri oleh 35 orang Pengawas Koperasi itu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sukaneka yang melibatkan 4 permainan iaitu Si Buta Cari Botol, Kotak Belon, Gelung Kertas serta Pusing & Baling. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mencipta trademark sendiri.  Trademark ini menyumbang markah kepada kumpulan.

Selepas sukaneka, penilaian diadakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap kumpulan, juga kaitannya dengan permasalahan di dalam koperasi.  Acara Musical Chair dijalankan sebelum Majlis Sambutan Harijadi Bulan April.  Terdapat 4 orang Pengawas Koperasi yang lahir bulan April iaitu Muhd Alif Asriq b. Ibrahim, Abdul Hannan b. Abdul Rahman, Wan Muhammad Izzan b. Mohd Hasbullah dan Siti Aisyah bt. Muhd Zaki.  Tempahan makanan pada hari itu adalah dari Langat Catering.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *