Rabu, 23 Julai 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi 2014


Bermula jam 7.30 pagi tadi, Panitia Agama Islam SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.  Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang diketuai oleh En. Mustafa bin Md Isa. Seterusnya, ucapan perasmian oleh Pn. Sehidah bt. Sirajudin (PK HEM).

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus dan peserta Khatam oleh Pn. Noorlaili bt. Mahmud (PK Kokurikulum).  Sebelum penyampaian sumbangan hari raya kepada pelajar, En. Mohd Syahizam b. Shair (wakil koperasi) membuat Penyerahan Zakat Perniagaan kepada Pn. Sehidah bt. Sirajudin (wakil SMK Jalan Reko).  Jumlah zakat yang dikeluarkan pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013 itu berjumlah RM 3020.00.  Semoga dengan penyerahan zakat ini, Allah Ta'ala akan melimpahkan berkat kepada harta koperasi yang tinggal.

Majlis hari ini diakhiri dengan persembahan nasyid dan majlis bersalaman antara guru dan pelajar.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *