Jumaat, 12 Februari 2010

"Lawatan Pegawai Unit Sekkop ANGKASA"

Bermula tahun 2009, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah menggunakan program SEKKOP 123 untuk menyediakan akaun akhir. Program ini merupakan program mengemaskini data akaun dan saham koperasi menggunakan komputer. Tujuan program ini ialah untuk memudahkan penyediaan akaun sebelum pengauditan akaun dijalankan.




Pegawai Unit SEKKOP, Encik Norazmee Muslimen hari ini telah membuat lawatan ke koperasi untuk memantau program tersebut. Beliau memberi tunjuk ajar kepada Encik Mohd. Syahizam b. Shair, Bendahari Koperasi berkenaan dengan penyediaan akaun seterusnya agar program ini dapat berjalan dengan lancar.




Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *