Selasa, 23 Februari 2010

Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah Tahun 2010


Pada 23 Februari 2010, Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah telah diadakan di Hotel Empress, Sepang untuk Pengetua dan Setiausaha Koperasi. Semua sekolah yang dikategorikan sebagai Zon A iaitu Daerah Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Langat terlibat di dalam taklimat ini. Pn Zaini bt Mohd Noor (mewakili Pengetua) dan Pn. Haslina bt Ibrahim telah menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi panduan kepada koperasi bagi menyambut Hari Koperasi di peringkat sekolah pada 27 Jun hingga 3 Julai nanti. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Kreativiti Dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah".


Empat agenda telah diketengahkan di dalam majlis taklimat ini iaitu :
::. Ucapan Dasar Bahagian 4P ANGKASA (Pengerusi JB4P ANGKASA)
::. Penerangan Program Hari Koperasi Sekolah dan Pelancongan Koperasi Sekolah (ANGKASA)
::. Penerangan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (SKM)
::. Ucapan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *