Jumaat, 15 Oktober 2010

Hari Anugerah Kokurikulum & Kepimpinan Pelajar



Hari Anugerah Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar merupakan satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin pelajar SMK Jalan Reko.



Majlis ini juga digarap bagi menonjolkan para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2010 serta memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.



Tiga orang pengawas koperasi iaitu Nur Atikah Misnan, Muhammad Nasri Amzar b. Nordin dan Nurizatulazila bt. Jinin telah dipilih sebagai pelajar aktif Kelab Koperasi. Sementara itu, semua pengawas koperasi Tingkatan Lima telah menerima sijil dan plak sebagai menghargai jasa mereka sepanjang menguruskan koperasi.

2 ulasan:

zmah berkata...

Selalunya setiap hari anugerah...sekolah mesti meriah dengan kehadiran ibu bapa yang meraikan kejayaan anak mereka.

cikguhaslina berkata...

utk anugerah kecemerlangan akademik mmg ibu bapa akan dijemput tapi utk anugerah kokurikulum ni, ibu bapa tak dijemput, kita buat dalaman sahaja...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *