Khamis, 21 Oktober 2010

Lawatan Ke Planetarium Dan Petrosains


Pada jam 7.45 pagi tadi, seramai 122 orang pelajar Tingkatan 2 dan 3 SMKJR telah menyertai rombongan ke Planetarium Negara dan Petrosains. Lawatan yang melibatkan tiga buah bas ini adalah sebahagian dari program selepas peperiksaan PMR.
Seramai enam orang guru mengiringi pelajar iaitu Pn Zaini bt Mohd Noor, Pn. Nooriza bt Wahab. Pn. Haslina bt. Ibrahim, Pn. Rosiza bt Abdullah, Pn Asma bt Tahrim dan Pn. Zahrah bt Sahid.

Tempat pertama yang dilawati ialah Planetarium Negara di mana para pelajar didedahkan ke dunia angkasa lepas. Lebih kurang jam 11.30 pagi, ahli rombongan tiba di KLCC dan menikmati makan tengah hari sebelum masuk ke Petrosains.

Program lawatan ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada pelajar mengenai dunia Sains dan Teknologi.

2 ulasan:

Ummiross berkata...

Waa seronoknya pegi ramai-ramai macam ni, ummiross terkenangkan Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang...pernah mengajar di situ

zmah berkata...

Kalau aktiviti sebegini merangsang P n P pelajar,rasanya berbaloi penat-lelah guru pengiring.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *