Khamis, 27 Januari 2011

Larian Kecergasan



Hari ini SMK Jalan Reko telah mengadakan Larian Kecergasan (Merentas Desa) yang melibatkan semua pelajar pagi dan petang. Pelajar-pelajar berkumpul pada jam 7.30 pagi untuk ditanda kehadiran oleh guru tingkatan sebelum mereka mendapatkan nombor dari guru rumah sukan masing-masing.



Acara larian bermula jam 9.00 pagi setelah guru-guru mengambil tempat di check point dan stesen yang telah ditetapkan.



Pihak Koperasi merasa bangga dengan pencapaian Nor Fatehah bt. Abdullah (Rumah Samudera), Ahli Lembaga Koperasi yang telah mendapat tempat pertama bagi kategori Perempuan Kelas 1.



Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada Rumah Suria yang telah menjadi johan bagi acara ini. Kepada Rumah Sukan yang lain, peluang masih terbuka untuk mencari strategi baru dalam Acara Sukan Tahunan yang dijadualkan pada bulan Jun nanti.

2 ulasan:

unknown girl berkata...

merentas desa?? xpenah menang..ehhe..
sbb janji nk lari same3 ngan member..
rindu zaman skola dulu.. ;)

ben berkata...

wah dah lm xmrentas desa,,,
hehehe

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *