Isnin, 17 Januari 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar



Pada jam 7.30 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar yang menggabungkan 10 badan iaitu Pengawas Koperasi, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Surau, Pengawas SPBT, Pengawas PPKI, Pembimbing Rakan Sebaya, Badan Pengurusan Kelas, Badan Pencegah Jenayah dan Quarter Master.



Barisan Pengawas Koperasi telah diketuai oleh Muhammad Nur Afiq bin Misnan, Pemimpin Pengawas Koperasi tahun 2011. Beliau memegang jawatan Penolong Setiausaha iaitu jawatan tertinggi dalam Ahli Lembaga Koperasi (Pelajar).


Watikah Pelantikan ini disampaikan oleh Pn. Rosny binti Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar pula telah diketuai oleh Shahaizat bin Ahmad, wakil Pengawas sekolah.



Diharapkan barisan pemimpin ini akan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

3 ulasan:

priencess myza berkata...

bestnye nme gmbar myza ade kat sini

Ein Auzai'y berkata...

wah prefect yer nie....

NOOR FATIN berkata...

teringat masa sekolah dulu..huhu

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *