Isnin, 3 Januari 2011

Pelajar Cemerlang PMR 2010



Seperti yang telah dijanjikan, hari ini koperasi telah memberikan cenderahati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dalam peperiksaan PMR 2010, terdapat enam orang pelajar telah mendapat 8A iaitu :

1. Nik Iffah Hazirah bt Tuan Suhaimi (8A)
2. Fatin Atikah Amalina bt Mohamed Azahar (8A)
3. Lim Siow Yin (8A)
4. Yang Nur Amalina bt Mohd Saad (8A 1B)
5. Najwa bt Nordin (8A 1B)
6. Nurulhusna bt Khairil Anuar (8A 1C)



Cenderahati yang berupa wang tunai sebanyak RM 50.00 seorang ini adalah sebagai ucapan tahniah atas usaha gigih mereka untuk mencapai kecemerlangan. Ia juga adalah sebagai galakan kepada calon PMR tahun ini supaya berusaha mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.



Cenderahati ini disampaikan oleh Pn Rosny bt Osman (Pengetua SMK Jalan Reko merangkap Pengerusi Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad) bersama cenderahati dari beliau sendiri. Pihak koperasi mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya, semoga mereka akan meneruskan kecemerlangan ini di dalam peperiksaan SPM yang akan dihadapi dua tahun dari sekarang.


6 ulasan:

Ein Auzai'y berkata...

tahniah kepada pelajar cemerlang...

thebrains berkata...

tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang :)
THEBRAINS

||aLeaSaRa|| berkata...

slm sggh ptg!Cikgu dah lunch?alhamdulillah tahniah kepada semua pelajar ye!

luvYOU berkata...

dr cikgu dilla kepada cikgu haslina :)

tahniah ye ckgu atas kejayaan murid2 ckgu dlm PMR..
semoga berjaya dunia akhirat :)

and semoga thn dpn akan lebeh baik lg..:)

beeha ben berkata...

waa..pelajar2 8A!

Faezah berkata...

Bangga dgn budak2 PMR 2010..^^,

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *