Isnin, 30 Januari 2012

Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar Pemimpin Pelajar Sesi Pagi 2012



Pada jam 7.30 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Majlis yang sepatutnya diadakan pada 20 Januari itu terpaksa ditunda ke hari ini kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.



Watikah Pelantikan itu telah diserahkan kepada badan pemimpin pelajar yang terdiri dari Pengawas Koperasi, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Skim Pinjaman Buku Teks, Kelab Cegah Jenayah, Pengawas Surau, Badan Pengurusan Kelas, Pengawas PPKI, Pengawas Pusat Sumber PPKI dan Badan Pengurusan Kelas PPKI.



Muhammad Nur Azhim b. Abd Razak dari Tingkatan 5TV4 telah mengetuai barisan Ahli Lembaga dan Pengawas Koperasi untuk menerima Watikah Pelantikan itu dari Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Diharapkan para pemimpin yang dilantik ini akan dapat menjalankan tugas diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.



Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *