Jumaat, 3 Februari 2012

Majlis Perpisahan Pn. Fuziah Md Ali

Pada jam 9.45 pagi tadi telah berlangsung Majlis Kenangan Tercipta Memori Indah iaitu majlis perpisahan Pn. Fuziah Md Ali bekas Penolong Kanan SMK Jalan Reko. Beliau telah berpindah ke sekolah lain setelah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua .



Majlis yang diadakan di Dewan Lestari itu dipenuhi dengan ucapan wakil pelajar, Pengerusi Kelab Guru, Pengetua dan amanat terakhir dari Pn. Fuziah sendiri. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan persembahan dari guru serta pelajar.


Pihak koperasi mengucapkan Salam Perpisahan kepada Pn. Fuziah, semoga beliau akan selesa di tempat baru dan meneruskan tugas dengan lebih bersemangat demi mendidik anak-anak bangsa. Walaupun telah jauh di mata, harap-harap tidak lupakan kami di sini.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *