Sabtu, 11 Februari 2012

Larian Kecergasan 2012



Kejohanan Larian Kecergasan SMK Jalan Reko Kali Ke-18 telah diadakan bermula jam 7.30 pagi tadi. Ia merupakan satu cara untuk mengukuhkan perpaduan di antara warga sekolah yang mempunyai latar belakang pelbagai. Kejohanan ini juga melatih sifat kepimpinan kepada setiap jawatan kuasa terlibat sama ada pada peringkat guru mahu pun murid.



Selepas penyerahan nombor kepada peserta, sesi pemanasan badan diadakan sementara petugas check point dan stesen mengambil kedudukan di tempat yang telah ditentukan. Para peserta dilepaskan pada jam 9.00 pagi dimulai dengan peserta lelaki.



Majlis penyampaian hadiah dan penutup kejohanan diadakan pada jam 12.00 tengah hari. Johan larian ini adalah Rumah Suria, Naib Johan Rumah Purnama, Ketiga Rumah Samudera dan Keempat Rumah Buana. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang lain, teruskan usaha di dalam Kejohanan Sukan Olahraga nanti.


2 ulasan:

bcrlangkawi berkata...

bestnya... teringat zaman nakal time sekolah dulu... keja ponteng perhimpunan n aktiviti cmni huhu... jom bawa ank murid singgah teratak langkawi sebentar :-)

SeputihSalju berkata...

teringat zaman sekolah2 dulu...

follow sini

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *