Rabu, 30 Mei 2012

Kem Peningkatan Profesionalisme Pengawas Koperasi

Pada 28 & 29 Mei 2012, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah mengadakan Kem Peningkatan Profesionalisme Pengawas Koperasi di SMK Jalan Reko. Kem dua hari satu malam itu disertai oleh 31 orang pelajar yang merupakan Pengawas Koperasi dan Pengawas Koperasi Percubaan.




Berbagai aktiviti dijalankan di dalam kem ini bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta seterusnya melahirkan pemimpin yang berwibawa untuk membawa organisasi ke puncak kecemerlangan.




Pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Nizam b. Jamal dan Avi Marfaiz b. Maarof yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu kami, tidak lupa untuk semua fasilitator iaitu Muhaimin, Razif, Amira, Azhim dan Syazwan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.





Diharapkan program ini dapat membuka minda dan menyedarkan semua peserta tentang pentingnya semangat kerjasama di dalam pasukan. Semoga selepas ini mereka dapat menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip koperasi dengan lebih baik.

"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING"
- Sentiasa bersama, di dalam suka mahupun duka -

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *