Isnin, 21 Mei 2012

Kursus Kepimpinan & Hari Keluarga Koperasi 2012

Pada 19 dan 20 Mei 2012, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Koperasi dan Hari Keluarga di A Famosa Resort, Melaka. Program ini disertai oleh 6 orang guru dan 27 orang Pengawas Koperasi. Turut mengikuti Program ini adalah bekas Ahli Lembaga Koperasi dan bekas pelajar SMK Jalan Reko yang membantu melancarkan perjalanan program.




Para peserta kursus berkumpul di Dewan Lestari pada jam 9.00 pagi (19/5/12) untuk mendengar taklimat dan aktiviti dimulakan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) . Apabila bas sampai pada jam 12.oo tengah hari barulah kami bertolak ke Melaka. LDK 2 diteruskan di sekitar tempat penginapan. Selepas minum petang dan mendapat kunci apartmen, para peserta menguruskan diri masing-masing sebelum membuat latihan persembahan untuk sebelah malamnya.




Pada jam 7.30 malam, kami di bawa ke Clubhouse untuk menikmati BBQ Dinner. Setiap kumpulan membuat persembahan di selang-selikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk Ahli Lembaga Pelajar Tahun 2012.

Pada pagi esoknya pula (20/5/12), guru-guru, para jemputan dan Ahli Lembaga Pelajar sekali lagi dibawa ke Clubhouse untuk bersarapan pagi secara buffet. Selepas selesai mengemas barang, kami bertolak ke Taman Tema Air dan berada di sana sehingga jam 3.00 petang. Kami selamat tiba di sekolah pada jam 5.30 petang.





Diharapkan program yang dijalankan ini akan memberi kesedaran kepada semua peserta tentang pentingnya semangat bekerjasama di dalam menguruskan koperasi dan mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *