Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Pada jam 7.30 pagi tadi, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru di Dataran Wawasan, SMK Jalan Reko. Majlis yang bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ini adalah anjuran Bidang Teknik & Vokasional bersama dengan Kelab Tingkatan Enam.



Setiap tahun, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.




Majlis dimulakan dengan perarakan guru ke Dataran Wawasan. Selepas itu majlis diteruskan dengan bacaan doa dan perutusan Menteri Pelajaran, nyanyian Lagu Negaraku, ikrar guru, nyanyian Lagu Guru Malaysia, ucapan wakil murid dan Penolong Kanan. Acara sukaneka diadakan sebelum persembahan guru dan pelajar. Di akhir majlis, guru-guru disajikan dengan jamuan di Dewan Lestari.






Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *