Rabu, 31 Mac 2010

Gerai Koopreko - Sukan SMKJR

Bertempat di Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, SMKJR telah mengadakan Kejohanan Sukan kali ke 16. Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah membuka gerai jualan makanan dan minuman kepada para guru dan pelajar.



Barang jualan yang diniagakan ialah nasi goreng kampung, mee hoon goreng, roti pizza, roti gardenia, kacang, air minuman, air kotak dan air tin. Barisan guru dan pengawas koperasi bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan aktiviti jualan ini.
Pihak koperasi mengucapkan terima kasih kepada En. Awi b. Awang yang turut sama membantu kami menguruskan jualan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *