Jumaat, 22 Jun 2012

Majlis Perasmian Sambutan HKS 2012

Pada tahun ini, Koperasi SMK Jalan Reko telah memilih tarikh 22 Jun hingga 3 Julai untuk mengadakan Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS). Pada jam 7.30 pagi tadi, telah berlangsung Majlis Perasmiannya di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, penerangan tentang sambutan HKS dan bacaan perutusan.



Anugerah Ahli Lembaga Terbaik telah diberikan kepada Ahmad Muhaimin b. Ahmad Mahir (5TV4). Selepas lafaz perasmian, Pn. Che Normalis bt. Alias (Pen. Kanan) memalu gong sebanyak tiga kali. Banner perasmian dilepaskan dari tingkat atas bersama-sama dengan tembakan kertas berwarna-warni. Pada masa yang sama, pasukan Koir mempersembahkan Lagu 'Koperasi' diikuti dengan Lagu 'Semangat Koperasi'. Ahli Lembaga Koperasi Tingkatan 5 kemudiannya mempersembahkan sajak bertajuk 'Koperasi'.



Seterusnya, Pn. Che Normalis menanam pokok 'Loropetalum China' dengan bantuan pelajar Lanskap. Acara penanaman pokok ini diadakan setiap kali sambutan HKS kerana ia adalah sebagai simbol sambutan dan pokok ini disumbangkan oleh pihak koperasi untuk menghijaukan persekitaran. Pokok-pokok yang ditanam semasa sambutan HKS adalah di bawah jagaan Unit Lanskap.




Di akhir majlis, Setiausaha Koperasi memakaikan Button Badge '1 Love, 1 Koop, 1 Reko' bernombor 0001 kepada Pn. Che Normalis seterusnya menyampaikan cenderahati kepada beliau. Semua guru dan pelajar juga diberikan Button Badge ini untuk dipakai sepanjang sambutan HKS berlangsung. Pihak koperasi menyediakan 2 hamper setiap hari sepanjang 25 Jun hingga 2 Julai untuk acara cabutan bertuah menggunakan nombor yang tertulis di belakang Button Badge tersebut.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *