Jumaat, 4 Jun 2010

Majlis Mulus Budi Jasa Abadi

Pada hari Jumaat 4 Jun 2010, telah berlangsung Majlis Persaraan Pn Angamah a/p Vengadasalam dan Tn Hj Ahmad Jamungi bin Punan. Majlis yang sepatutnya disambut di Dataran Wawasan telah ditukar ke dalam Dewan Lestari kerana hujan.

Pn. Angamah telah menabur bakti selama 10 tahun di SMK Jalan Reko. Bekas ratu trek negara ini telah menabur keringat dalam sukan olahraga dan mengharumkan nama negara di peringkat Asia sekitar tahun 1980an.Tn Hj Ahmad Jamungi tidak lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau merupakan bekas PK HEM tetapi melepaskan jawatan itu selepas beliau sakit.

Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad memulangkan kembali saham yang telah dilaburkan di dalam koperasi tetapi kedua-dua mereka memulangkan semula wang itu untuk disumbangkan kepada pembinaan Dataran Berbumbung.





Link akhbar:
:: The Star
:: Bernama
:: Sinar Harian

Khamis, 3 Jun 2010

Majlis Makan Malam Amal

Pada hari Ahad 30 Mei 2010, Majlis Makan Malam Amal anjuran PIBG SMK Jalan Reko telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Majlis yang diadakan pada jam 8.30 malam ini diadakan sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul dana bagi pembinaan Dataran Berbumbung SMK Jalan Reko.

Matlamat pembinaan Dataran Berbumbung ini adalah untuk menyediakan satu tempat bagi perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan kegiatan lain dengan lebih kondusif, selesa dan selamat untuk pelajar-pelajar. Kos pembinaan keseluruhan projek Dataran Berbumbung ini dianggarkan sebanyak RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu sahaja).

Di antara pengisian majlis ini ialah pertunjukan slaid, persembahan tarian, Cak Lempong, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah menyumbangkan RM200.00 untuk menjayakan program ini.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *