Sabtu, 25 Jun 2011

Sambutan HKS 2011

Pada jam 7.30 pagi 24 Jun 2011, Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah diadakan di Dataran Wawasan. Sambutan HKS yang bertemakan "1 untuk semua, semua untuk 1" ini disambut di seluruh negara bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2011.



Majlis yang dipengerusikan oleh Puteri Noor Hawabealla bt. Ismail (5KE1) ini melibatkan beberapa acara iaitu Bacaan doa oleh Mohd Firdaus b. Sharil (3SP1), penerangan mengenai Sambutan HKS dan perkembangan terkini koperasi serta Koir Lagu Semangat Koperasi.



Bacaan perutusan dari YDP Angkasa oleh Norfatehah bt. Abdullah (5KE4), Menteri Perdagangan Dalam Negeri oleh Mohd Adzha b. Mesdi (5TV2) dan Menteri Pendidikan oleh Muhammad Nur Afiq b. Misnan (5TV4).



Nyanyian dan tarian Lagu "Joget Kenangan Manis" oleh barisan Pengawas Koperasi serta Penanaman Pokok "Mahkota Dewa" oleh Pn. Rosny bt. Osman. Majlis berakhir pada jam 8.05 pagi.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *