Jumaat, 22 April 2011

Majlis Persaraan Pn. Kalthum

Pada jam 7.30 pagi tadi, Majlis Serangkai Budi Seribu Kenangan telah diadakan untuk meraikan persaraan Pn. Kalthum bt. Abbas yang memegang jawatan Ketua Bidang Teknik & Vokasional. Beliau memulakan tugas di SMK Jalan Reko pada tahun 1995 dan beliau juga merupakan Setiausaha Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad yang pertama.




Majlis dimulakan dengan perhimpunan, ucapan-ucapan dan penyampaian hadiah di Dataran Wawasan. Majlis berhenti rehat pada jam 9.00 pagi untuk guru-guru menikmati jamuan bersama dengan Pn. Kalthum. Seterusnya, majlis disambung dengan persembahan dari guru dan pelajar di Dewan Lestari.




Pada jam 11.30 pagi, selepas 'thumb print' terakhir, Pn. Kalthum bersalaman dengan guru dan pelajar yang berbaris dari tangga pejabat menuju ke pintu pagar utama sekolah. Pn. Kalthum meninggalkan sekolah dengan menaiki keretanya yang telah dihias indah.



Selamat Bersara Pn. Kalthum...Kenang kami dalam doamu...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *