Sabtu, 29 Jun 2013

Kursus Koperasi Di Sabah

Pada 26-28 Jun 2013, Pengerusi dan Setiausaha Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad bersama  dengan 52 orang lagi peserta telah mengikuti Kursus Asas Kefahaman Koperasi, Kursus Prinsip Koperasi & Amalan serta  Kursus Memahami Penyata Kewangan.

Kursus yang diadakan di Zara's Boutique Hotel, Harbour City Kota Kinabalu, Sabah itu adalah anjuran Bahagian Pelajaran, Penerangan, Perkhidmatan dan Percetakan (B4P) ANGKASA. Peserta berlepas dari KLIA pada jam 2.00 petang dengan menaiki pesawat Malindo Air.



Selepas kursus tamat, para peserta dibawa melawat ke sekitar negeri Sabah termasuklah ke Kundasang untuk melihat panorama di kaki Gunung Kinabalu. Peserta juga dibawa ke Rumah Terbalik, membeli belah di Pasar Filipina dan Jamilah Jewellery. Penerbangan balik adalah pada jam 5.45 petang 28 Jun dengan menaiki pesawat yang sama.  Para peserta tiba di KLIA pada jam 8.05 malam.






* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *