Jumaat, 15 April 2011

Minggu Bahasa Inggeris



Panitia Bahasa Inggeris SMK Jalan Reko telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris pada 11 - 15 April 2011. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut termasuklah teka silangkata, deklamasi puisi, pertandingan nyanyian dan sebagainya.



Antara objektif aktiviti yang dijalankan di dalam Minggu Bahasa Inggeris ini ialah untuk membina keyakinan diri pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.



Acara-acara yang dijalankan ini terbuka kepada semua pelajar dan guru-guru juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk memeriahkan sambutan. Majlis yang dirasmikan oleh Pn. Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko pada 11 April yang lepas telah berakhir pagi tadi dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang di Dataran Wawasan.

Selasa, 12 April 2011

Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah 2011


Pada 11 dan 12 April 2011, Guru-guru Koperasi di Negeri Selangor telah menghadiri Majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam . Majlis yang diwakili oleh seorang Guru Koperasi bagi setiap sekolah itu dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Ali Haji Baharum, Presiden ANGKASA. Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah diwakili oleh Pn. Haslina bt Ibrahim, Setiausaha Koperasi.



Beberapa taklimat telah disampaikan seperti :
1. Garis Panduan Koperasi Sekolah 2011 oleh Tn. Haji Kamaruddin bin Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian (KPM)
2. Penerangan Program Kursus ANGKASA (Kursus ANGKASA Siri 3, Kursus Pengurusan Kedai Koperasi, Kursus Ketrampilan Bertutur, Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan Minit serta Bengkel Asas Permainan Petanq)
3. Penerangan Program (Barangan Untuk Koperasi Sekolah ANGKASA, Pengedaran Kertas A4 dan Program Akhbar@Sekolah)
4. Penerangan Program (Hari Koperasi Sekolah, Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah dan Pelancongan Antarabangsa Koperasi Sekolah)



Majlis yang berakhir pada jam 1.00 petang tadi telah ditutup oleh Y.Bhg Dato' Haji Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *