Isnin, 31 Disember 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu & Peralihan 2013

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan tahun 2013 diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi.  Program ini dimulakan dengan taklimat pendaftaran oleh para pentadbir kepada ibu bapa di Dewan Lestari.  Selepas itu ibu bapa membawa pelajar ke kelas untuk pendaftaran dan mengambil buku teks di Bilik SPBT.

Koperasi dibuka seawal jam 7.30 pagi untuk menjual keperluan persekolahan dan buku rampaian kepada para pelanggan yang hadir. Seramai 4 orang guru dan 15 orang Pengawas Koperasi terlibat untuk  menjalankan urusan di dalam kedai koperasi. 

Koperasi juga berurusan dengan guru tingkatan yang ditugaskan untuk mengutip wang daripada ibu bapa murid Tingkatan Satu berjumlah RM 17.50 bagi bayaran Fail Peribadi, Fail PBS dan Yuran serta Saham Koperasi.  Murid Peralihan pula dikehendaki membayar RM 7.50 bagi bayaran Fail Peribadi dan Yuran serta Saham Koperasi. Hanya Resit bayaran diberikan kepada ibu bapa. Barang-barang jualan ini tidak diberikan kepada ibu bapa tetapi akan terus diserahkan kepada guru tingkatan untuk urusan selanjutnya.

Kedai koperasi ditutup jam 1.00 petang.  Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan Pengawas Koperasi yang bersama-sama berpenat lelah dan bermandi peluh untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Ringan Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"

Jumaat, 14 Disember 2012

Stok 2013 Dah Sampai

Koperasi telah menerima stok baru dalam cuti persekolahan ini untuk dijual kepada pelajar-pelajar bagi meneruskan pembelajaran untuk tahun 2013 nanti.  Pelajar-pelajar boleh mula mendapatkan Buku Rampaian dan Keperluan Persekolahan bermula hari Isnin 17 Disember 2013 nanti. Senarai Buku Rampaian dan Keperluan Persekolahan untuk setiap tingkatan telah dipaparkan dalam entri sebelum ini.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa dinasihatkan untuk membeli barangan keperluan dalam masa cuti persekolahan ini untuk mengelakkan kesesakan di Kedai Koperasi setelah sesi persekolahan bermula.  Juga dinasihatkan agar menyemak barangan yang dibeli sebelum beredar supaya jika ada kesilapan boleh segera diperbetulkan.

Selasa, 13 November 2012

Senarai Keperluan Persekolahan Untuk Pelajar T2-5 Tahun 2013

Senarai Buku Rampaian Tingkatan 2, 4 & 5

Buku Garis Satu - 10 unit @ RM 0.70 seunit (RM 7.00)
Buku Petak - 3 unit @ RM 0.70 seunit (RM 2.10)
Buku Nota Sains - 2 unit @ RM 2.30 seunit (RM 4.60)
Buku Nota Panjang - 2 unit @ RM 2.30 seunit (RM 4.60)
Buku Penulisan MPSM - 5 unit @ RM 2.50 seunit (RM 12.50)
Buku Kulit Tebal - 1 unit @ RM 4.00 seunit (RM 4.00)
Test Pad - 1 unit @ RM 2.00 seunit (RM 2.00)

JUMLAH - RM 36.80

* Kalkulator Saintifik (tidak boleh diprogram) fx350 - RM 35.00
   atau fx570 - RM 41.00

Senarai Buku Rampaian Tingkatan 3

Sketch Pad - 1 unit @ RM 3.00 seunit (RM 3.00)

JUMLAH - RM 39.80

* Kalkulator Saintifik (tidak boleh diprogram) fx350 - RM 35.00
   atau fx570 - RM 41.00

Lain-lain Keperluan Untuk Pelajar T2 - 5
(utk pelajar yang belum ada dan pelajar baru sahaja)

Baju T Lengan Pendek Berlogo sekolah (RM 22.00)
Baju T Lengan Panjang Berlogo Sekolah (RM 23.00)
Seluar Sukan (RM 25.00)
Kain Sampin @ Sarung (RM 22.00)
Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
Lencana (RM 0.60)
Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
Tali Leher (RM 8.00)
Buku Kokurikulum (RM 2.50) - kecuali T2
Fail Peribadi Pelajar (RM 1.50)
Keahlian & Saham Koperasi (RM 6.00)

Catatan
• Harga adalah tertakluk kepada perubahan.

• Semasa cuti persekolahan, Koperasi akan dibuka untuk jualan mulai
  17 hingga 31 Disember (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) kecuali
  hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Isnin, 12 November 2012

Senarai Keperluan Persekolahan Pelajar Tingkatan Satu Tahun 2013

Barang Keperluan Yang Perlu Dibayar Kepada
Guru Tingkatan Semasa Hari Pendaftaran

1  Fail Peribadi Pelajar (RM 1.50)
2  Keahlian & Saham Koperasi (RM 6.00)
3  Fail PBS (RM 10.00)

JUMLAH - RM 17.50

Barang Keperluan Yang Boleh Dibeli Di Kedai Koperasi

Pelajar Lelaki Islam
1  Baju T Lengan Pendek Berlogo sekolah (RM 22.00)
2  Seluar Sukan (RM 25.00)
3  Kain Sampin @ Sarung (RM 22.00)
4  Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
5  Lencana 2 unit (RM 1.20)
6  Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
7  Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
8  Tali Leher (RM 8.00)

JUMLAH - RM 87.00

Pelajar Lelaki Bukan Islam

1 Baju T Lengan Pendek Berlogo sekolah (RM 22.00)
2 Seluar Sukan (RM 25.00)
3 Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
4 Lencana 2 unit (RM 1.20)
5 Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
6 Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
7 Tali Leher (RM 8.00)

JUMLAH - RM 65.00

Pelajar Perempuan Islam

1  Baju T Lengan Panjang Berlogo sekolah (RM 23.00)
2  Seluar Sukan (RM 25.00)
3  Kain Sampin @ Sarung (RM 22.00)
4  Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
5  Lencana 2 unit (RM 1.20)
6  Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
7  Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)

JUMLAH - RM 80.00

Pelajar Perempuan Bukan Islam
1  Baju T Lengan Panjang Berlogo sekolah (RM 23.00)
2  Seluar Sukan (RM 25.00)
3  Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
4  Lencana 2 unit (RM 1.20)
5  Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
6  Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
7  Tali Leher (RM 8.00)

JUMLAH - RM 66.00

Senarai Buku Rampaian

Buku Garis Satu - 10 unit @ RM 0.70 seunit (RM 7.00)
Buku Petak - 3 unit @ RM 0.70 seunit (RM 2.10)
Buku Nota Sains - 2 unit @ RM 2.30 seunit (RM 4.60)
Buku Nota Panjang - 2 unit @ RM 2.30 seunit (RM 4.60)
Buku Penulisan MPSM - 5 unit @ RM 2.50 seunit (RM 12.50)
Buku Kulit Tebal - 1 unit @ RM 4.00 seunit (RM 4.00)
Test Pad - 1 unit @ RM 2.00 seunit (RM 2.00)

JUMLAH - RM 36.80

* Kalkulator Saintifik (tidak boleh diprogram) fx350 - RM 35.00
   atau fx570 - RM 41.00

Catatan
• Harga adalah tertakluk kepada perubahan.
• Semasa cuti persekolahan, Koperasi akan dibuka untuk jualan mulai
  17 hingga 31 Disember (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) kecuali
  hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Senarai Keperluan Persekolahan Untuk Pelajar Peralihan Tahun 2013

Barang Keperluan Yang Perlu Dibayar Kepada
Guru Tingkatan Semasa Hari Pendaftaran

1  Fail Peribadi Pelajar (RM 1.50)
2  Keahlian & Saham Koperasi (RM 6.00)

JUMLAH  - RM 7.50

Barang Keperluan Yang Boleh Dibeli Di Kedai Koperasi

Pelajar Lelaki
1  Baju T Lengan Pendek Berlogo sekolah (RM 22.00)
2  Seluar Sukan (RM 25.00)
3  Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
4  Lencana 2 unit (RM 1.20)
5  Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
6  Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
7  Tali Leher (RM 8.00)

JUMLAH  - RM 65.00

Pelajar Perempuan

1  Baju T Lengan Panjang Berlogo sekolah (RM 23.00)
2  Seluar Sukan (RM 25.00)
3  Buku Sahsiah Pelajar Unggul (RM 3.00)
4  Lencana 2 unit (RM 1.20)
5  Tanda Nama Sementara (RM 0.80)
6  Buku Nilam & Kad Pusat Sumber (RM 5.00)
7  Tali Leher (RM 8.00)

JUMLAH - RM 66.00

Senarai Buku Rampaian

Buku Garis Satu - 10 unit @ RM 0.70 seunit  (RM 7.00)
Buku Petak - 3 unit @  RM 0.70 seunit  (RM 2.10)
Buku Nota Sains - 2 unit @ RM 2.30 seunit (RM 4.60)
Buku Penulisan MPSM - 5 unit @ RM 2.50 seunit (RM 12.50)
Sketch Pad - 1 unit @ RM 3.00 seunit (RM 3.00)

JUMLAH  - RM 29.20

Catatan
• Harga adalah tertakluk kepada perubahan.
• Semasa cuti persekolahan, Koperasi akan dibuka untuk jualan mulai
  17 hingga 31 Disember (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari)  kecuali
  hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Ahad, 4 November 2012

Glamorous Golden Nite 2012

Jamuan Tahunan Kelab Guru dan Kakitangan SMK Jalan Reko yang dinamakan Glamorous Golden Nite telah diadakan pada hari Selasa 16 Oktober 2012 di Hotel Residen, Uniten Bangi.  Pengacara majlis kali ini adalah Encik Mohd Jalil bin Yunus yang merupakan Pengerusi Kelab pada tahun ini bersama dengan isteri beliau. Jamuan yang bermula pada jam 8.00 malam itu diisi dengan ucapan, persembahan, penyampaian anugerah untuk guru dan cabutan bertuah.

Admin merupakan salah seorang anggota Kumpulan Princess yang sama-sama memeriahkan suasana dan kami menghiburkan hadirin dengan sebuah persembahan. Meja kami telah memenangi Anugerah Meja Terbaik dan menerima hadiah Coklat Ferrero Rocher.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan atas penganjuran majlis ini dan kredit untuk Cik Tim, gambar-gambar dalam entri ini adalah dari kamera beliau.

Ahad, 9 September 2012

Malam Sejuta Harapan 2012

Pada hari Sabtu 8 September 2012, Majlis Makan Malam Amal telah diadakan di SMK Jalan Reko. Majlis yang dinamakan Malam Sejuta Harapan ini bertujuan untuk mengumpul Dana PIBG dengan anggaran RM 80 000 untuk membina Dataran Berbumbung dan RM 20 000 sebagai tabungan membaik pulih sekolah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan prasarana sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi merangsang kecemerlangan akademik dan potensi diri pelajar secara menyeluruh.

Majlis yang dirasmikan oleh Tn. Haji Harun b. Nordin, CEO Kagumas Culinary Akademy (M) Sdn Bhd itu bermula pada jam 8.00 malam. Pihak sekolah telah menjemput pelakon terkenal Kamal Adli, bekas pelajar SMK Jalan Reko sebagai tarikan untuk menjayakan majlis ini. Dalam temuramah dengan pengacara majlis, beliau sempat menyanyikan lagu sekolah yang selalu dinyanyikan dalam setiap kali perhimpunan rasmi sekolah.

Seorang lagi artis yang dijemput ialah Azian Mazwan Sapuan, penyanyi terkenal pada tahun 80-an. Beliau menyanyikan sebuah lagu hari raya dan sebuah lagi lagu popular beliau iaitu 'Rumah Kecil Tiang Seribu'. Anak komposer terkenal A.Ali (Nurazira bt. Hamdan) yang merupakan pelajar tingkatan lima sekolah ini turut menyumbangkan dua buah lagu. Kugiran PSKPP pula membuat persembahan semasa para pengunjung menikmati hidangan.

Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari guru, pelajar dan kakitangan SMK Jalan Reko diselang seli dengan cabutan nombor bertuah yang memberikan Basikal Fixie dan Tablet PC sebagai hadiah utama. Keseluruhannya, Sebanyak 100 meja telah dijual (32 meja VIP dan 68 meja Standard Umum) kepada guru, kakitangan, AJK PIBG, badan korporat, ibu bapa / penjaga murid, murid dan pelajar serta individu. Selain dari menjual meja, sumbangan juga diterima dari pihak yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.

Diharapkan dengan sumbangan yang diberikan ini akan merealisasikan pembinaan Dataran Berbumbung yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Allahyarhamah Pn. Rosny bt. Osman dan amat dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah.

Khamis, 30 Ogos 2012

Majlis Di Ambang Kemerdekaan & Penutupan Bulan Patriotik 2012

Majlis ini telah berlangsung pada jam 7.30 pagi tadi di Dataran Wawasan SMK Jalan Reko. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh En. Mustafa b. Mohd Isa diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya, Pn. Che Normalis bt. Alias (Penolong Kanan) diiringi oleh Pn. Haslina bt. Ibrahim (Setiausaha Program) untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan Patriotik berlangsung.

Majlis diteruskan dengan Persembahan Pentomin dan sajak oleh pelajar-pelajar tingkatan empat di bawah pimpinan Cik Fatimah bt. Jani, Pn. Sarah, En. Salmi b. Zakaria dan Pn. Haslina bt. Ibrahim. Selepas Pn. Che Normalis bt. Alias menyampaikan ucapan penutup, Pn. Rohaniah bt. Kassim (Penyelaras Program) diarak ke pentas untuk menyerahkan kembali replika keris sebagai tanda tugas yang diamanahkan telah pun disempurnakan. Seterusnya, Pn. Che Normalis melepaskan burung di dalam sangkar satu persatu sebagai lambang kebebasan negara kita dari penjajahan.

Majlis ditamatkan dengan nyanyian Lagu Tanggal 31 beramai-ramai di samping kibaran bendera dan laungan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali diketuai oleh En. Mohd Syahizam b. Shair.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *