Ahad, 14 April 2013

Mesyuarat Agung Kali Ke-15


Mesyuarat Agung Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad Kali Ke-15 diadakan pada 10 April 2013 pada jam 8.00 pagi di Dewan Lestari.  Mesyuarat ini dirasmikan oleh P. Noorlaili bt Mahmud, Naib Pengerusi Koperasi menggantikan wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis lain di Johor Bahru.


Sebanyak tujuh kelas telah dipilih untuk bersama-sama di dalam mesyuarat ini iaitu 5TV1, 5TV2, 4SN1, 4SN2, 4TV1, 4TV2 dan 4KE1.  Selepas majlis perasmian dijalankan, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn. Noorlaili dan dikendalikan bersama oleh Pn. Haslina dan En. Mohd Syahizam ini diteruskan dengan agenda yang telah ditetapkan. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengekalkan dividen sebanyak 10 % bagi pemegang saham seperti tahun-tahun sebelum ini.  Pencatat mesyuarat ini ialah Pn. Hirawati.  Mesyuarat berakhir pada jam 9.15 pagi dan koperasi telah menyumbangkan air kotak dan roti gardenia kepada pelajar-pelajar yang menghadiri mesyuarat.

 
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *