Sabtu, 12 Mei 2012

Hari Keluarga & LADAP

Pada jam 9.00 pagi tadi telah berlangsung Program Hari Keluarga dan LADAP SMK Jalan Reko di Wetland, Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Che Normalis bt. Alias, Penolong Kanan SMK Jalan Reko.




Guru-guru dan ahli keluarga guru yang turut menyertai program ini telah dipecahkan kepada kumpulan kecil untuk aktiviti "Orienteering" iaitu sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan.




"Orienteering" bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa, pandu arah dan acara mencari harta karun. Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan di samping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.




Pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan SUCI yang diketuai oleh En. Izwan bin Latiff. Program ini ditamatkan selepas majlis penyampaian hadiah dan makan tengahari iaitu lebih kurang pada jam 1.00 petang.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *