Sabtu, 2 Julai 2011

Bengkel SEKKOP 123

Pada 30 Jun hingga 2 Julai 2011, ANGKASA dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Bengkel Penutupan dan Senggara Akaun Koperasi Menggunakan Perisian SEKKOP 123 yang melibatkan Setiausaha dan Bendahari Koperasi Sekolah di Negeri Selangor.



Bengkel yang dirasmikan oleh Encik Mohamad Azmi bin Omaruddin, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor ini diadakan dengan tujuan untuk membantu Koperasi Sekolah membuat penutupan akaun selepas berakhirnya sesuatu tahun perakaunan dengan menggunakan perisian SEKKOP 123.

Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad yang diselia oleh En. Nasir diletakkan di dalam satu kumpulan bersama dengan Koperasi SM Bandar Baru Bangi Berhad dan SMK Cheras Perdana Berhad sepanjang bengkel ini berlangsung.

Khamis, 30 Jun 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-13



Pada hari Isnin 27 Jun 2011, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad Kali Ke-13 telah diadakan di Dewan Lestari. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berlangsung selama dua jam dan telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 dan 5 serta beberapa orang guru.



Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Pn. Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko merangkap Pengerusi Koperasi. Beliau tidak dapat bersama-sama di dalam mesyuarat ini dan menyerahkan tugas kepada Pn. Noorlaili bt Mahmud (Naib Pengerusi) untuk mempengerusikan mesyuarat.



Pelajar-pelajar yang menghadiri mesyuarat ini menerima biskut dan air sumbangan dari pihak koperasi sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama di dalam mesyuarat ini.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *