Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Align Right

















Pada tanggal 17 Mei 2010, warga SMK Jalan Reko telah menyambut Hari Guru dalam suasana yang meriah. Sambutan Hari Guru tahun ini dikendalikan oleh Bidang Sains dan Matematik. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk barisan guru dengan diiringi paluan kompang. Tiga orang pelajar mewakili tiga kaum telah dipilih untuk menjadi pengacara majlis bersama dgn Pn. Haslina bt. Ibrahim.

Selain dari lafaz ikrar dan koir Lagu Guru Malaysia, sebanyak sebelas acara pentas telah dipersembahkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah mengadakan latihan mulai minggu lepas.

Persembahan guru terdiri dari :
1. Tarian Endang dikendalikan oleh Pn. Salawati & Pn. Nooriza
2. Koir Lagu "Taubat" oleh guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI
3. Gimik oleh Pn. Hawiyah dan Pn. Wan Azila
4. Nyanyian diiringi gitar Cik Tim & Frenz (Cik Fatimah bt. Jani, Pn. Haslina bt. Ibrahim dan En. Mohd. Syahizam b. Shair)
5. Tarian "Joget Kasih Tak Sudah" oleh Kumpulan Pengakap Raja dan guru.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *