Sabtu, 30 Oktober 2010

Glamorous Red Carpet



Tahun ini Kelab guru SMK Jalan Reko telah memberi tema 'Glamorous Red Carpet' untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun. Bertempat di Equestrian Park, Putrajaya majlis yang bermula jam 3.00 petang ini diisi dengan beberapa pengisian seperti Ucapan Pengerusi Kelab Guru (En. Mohd. Syahizam b. Shair), Ucapan Pengetua, Persembahan Pelajar, Cabutan Bertuah, Anugerah Khas serta Anugerah Raja dan Ratu Reko.



Sebanyak 35 cabutan bertuah seperti hamper dan barangan elektrik sumbangan guru-guru serta pembekal barangan sekolah telah disediakan untuk memeriahkan suasana. Anugerah Khas telah diberi kepada Pn. Haslina bt. Ibrahim (Anugerah Angkasa), Cik Fatimah bt. Jani (Anugerah Maya), En. Ahmad b. Abdullah (Anugerah Anjung), Pn. Rozarina bt. Bukhari (Anugerah Ketabahan) serta Pn. Zainon bt. Abdullah, Pn. Sim Sai Hong, Pn. Goh Lee Yin dan Pn. Lee Poh Bee (Anugerah Perintis).



Anugerah Ratu Reko tahun ini telah disandang oleh Pn. Jemiat bt. Ali dan Raja Reko pula dimenangi oleh En. Salmi b. Zakaria. Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru ini berakhir jam 6.00 petang. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Kelab Guru yang telah bertungkus lumus menyediakan majlis ini.

Rabu, 27 Oktober 2010

Lawatan Ke Genting Highland



Lawatan ini bertujuan untuk mengisi program Panitia Matematik selepas peperiksaan PMR. Rombongan seramai 41 orang pelajar dan 3 orang guru matematik tingkatan 3 ini bertolak dari sekolah pada jam 7.50 pagi dengan menaiki bas sekolah.



Untuk naik ke puncak genting, kami menaiki Avana Skyway yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Snow World di mana kami dapat merasa suasana berada di kutub utara.



Selepas puas bermain salji, kami ke Restoren First World untuk menjamu selera. Kami makan berbagai jenis makanan yang dihidangkan secara buffet.



Selepas menunaikan solat zohor, kami melangkah ke ruangan aktiviti outdoor dan berada di sini sehingga jam 4.30 petang. Kami sekali lagi menaiki Avana Skyway untuk turun semula dan bertolak pulang jam 5.00 petang. Kami tiba di sekolah pada jam 7.30 malam.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *