Ahad, 24 April 2011

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Tahun 2011

Pada 23 & 24 April 2011, Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform telah diadakan di Kem PLKN Paya Indah, Kuala Langat, Selangor. Perkhemahan yang disertai oleh 243 orang pelajar ini menggabungkan peserta dari SMK Jalan Reko dan SMK Cheras Jaya.




Peserta dari SMK Jalan Reko telah diiringi oleh 6 orang guru dan peserta dari SMK Cheras Jaya pula telah diiringi oleh 8 orang guru pengiring.




Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini, antaranya ialah Ice Breaking & Cinta Negara, Aktiviti Tali Tinggi (Flying Fox & Repelling), Aktiviti Air (Kayak & Water Confident), Nivigasi (Night Walk), Senamrobik dan Kembara Berhalangan.




Majlis Penutup dan pembahagian hadiah telah diadakan pada jam 1.30 petang. Tokoh Wirawati telah diberi kepada Wan Anis Fathiah dari SMK Jalan Reko dan Tokoh Wira pula diberi kepada peserta lelaki dari SMK Cheras Jaya. Peserta bertolak pulang pada jam 3 petang dan tiba di sekolah pada jam 4.00 petang.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *