Sabtu, 23 Januari 2010

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar tahun 2010 adalah satu majlis bersejarah yang dirancang julung-julung kalinya di sekolah ini. Majlis ini telah menggabungkan 11 barisan Kepimpinan Pelajar yang utama di sekolah iaitu Pengawas PPKI, Badan Pengurusan Kelas PPKI ,Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengurusan Kelas(BPK), Pengawas Pusat Sumber ,Pengawas Koperasi,Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Ahli Kelab Pencegahan Jenayah(KPJ), Pengawas SPBT, Pengawas Surau dan Pasukan Quarter Master Sekolah.

Pelantikan Pegawas Koperasi telah diketuai oleh Muhamad Shahrul Ismail Johari (5TV1) diikuti oleh Ahli Lembaga Koperasi dan seterusnya semua Pengawas Koperasi yang lain.

Isnin, 18 Januari 2010

Mesyuarat Agung Kelab Koperasi


Mesyuarat Agung Kelab Koperasi
12 Januari 2010
8.40 pagi

Antara agenda di dalam mesyuarat ini ialah
1. Pelantikan AJK Kelab Koperasi bagi tahun 2010
2. Perbincangan aktiviti tahunan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010
3. Taklimat disiplin pengawas koperasi
4. Dll











Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 09 Januari 2010 dari jam 8.00 hingga 12.30 tengah hari di persekitaran kawasan dan termasuk juga di dalam koperasi. Guru-guru dan para pelajar telah hadir memberikan kerjasama dan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini. Dalam majlis gotong-royong ini 3 orang pengawas koperasi telah ditugaskan
untuk mengemas kedai koperasi.


Pengawas yang ditugaskan untuk mengelap cermin


Tempat penyimpanan pakaian sebelum dikemaskan



Keadaan di bilik stor sebelum dan selepas gotong royong


Penjualan makanan dan minuman juga tidak dilepaskan

Kami di koperasi sentiasa akan memastikan kekemasan kedai koperasi ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *