Sabtu, 23 Januari 2010

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar tahun 2010 adalah satu majlis bersejarah yang dirancang julung-julung kalinya di sekolah ini. Majlis ini telah menggabungkan 11 barisan Kepimpinan Pelajar yang utama di sekolah iaitu Pengawas PPKI, Badan Pengurusan Kelas PPKI ,Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengurusan Kelas(BPK), Pengawas Pusat Sumber ,Pengawas Koperasi,Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Ahli Kelab Pencegahan Jenayah(KPJ), Pengawas SPBT, Pengawas Surau dan Pasukan Quarter Master Sekolah.

Pelantikan Pegawas Koperasi telah diketuai oleh Muhamad Shahrul Ismail Johari (5TV1) diikuti oleh Ahli Lembaga Koperasi dan seterusnya semua Pengawas Koperasi yang lain.

Tiada ulasan:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *