Jumaat, 27 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011



Pada jam 8.00 pagi tadi, Bidang Bahasa SMK Jalan Reko telah menganjurkan Sambutan Hari Guru di Dataran Wawasan. Majlis dimulakan dengan perarakan guru diiringi paluan kompang ke Pentas Wawasan untuk melafazkan Ikrar Guru dan nyanyian Lagu Guru Malaysia.



Majlis diteruskan dengan ucapan dan persembahan pelajar sebelum berhenti rehat seketika disebabkan hujan. Selepas guru-guru selesai menikmati jamuan di Bilik Katering, majlis disambung semula dengan acara persembahan guru dan pelajar di Dewan Lestari.





Sempena Sambutan Hari Guru Tahun ini, Pengawas Koperasi telah mengambil tempahan dari pelajar untuk menyediakan dan menghantar hadiah (epal dan kit-kat) kepada guru-guru. Pada jam 5.00 petang semalam mereka telah berjaya menyiapkan tempahan itu dan hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan kepada guru-guru.



Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah menyumbangkan Biskut Cream-O, Biskut Captain Munch dan Air Teh Hijau untuk para guru. Koperasi juga telah berjaya mendapatkan sumbangan air botol dari Syarikat L.B. Food Sdn Bhd untuk diberikan kepada semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah.



Pengawas Koperasi telah menyiapkan sebanyak 2000 kupon yang diedarkan kepada pelajar sebelum majlis bermula. Pelajar-pelajar menukarkan kupon-kupon itu di koperasi untuk mendapatkan sebotol air Fruit 10 semasa rehat.

Rabu, 25 Mei 2011

Majlis Sambutan Hari Jadi & Jamuan Perpisahan

Pada jam 12 tengah hari tadi, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad telah mengadakan Sambutan Hari Jadi Bulan Mei dan Jamuan Perpisahan untuk guru-guru yang telah membantu koperasi.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Firdaus b Mohd Sharil (3SP1) diikuti oleh ucapan dan penyampaian hadiah kepada Pn. Zaini bt Mohd Noor, Penolong Kanan Petang yang sebelum ini memegang jawatan Naib Pengerusi Koperasi (tempat beliau sekarang ini digantikan oleh Pn. Noorlaili bt Mahmud, Penolong Kanan Kokurikulum).



Hadiah turut disampaikan kepada empat orang guru petang yang telah membantu koperasi sejak awal tahun ini iaitu Pn. Mastura bt Kamarudin (telah berpindah ke sesi pagi), Pn. Noor Ayu Shuhada, Pn. Amalia serta Pn. Azahriah bt Rabu.



Majlis diteruskan dengan acara nyanyian Lagu Selamat Hari Jadi dan pemotongan kek oleh pengawas koperasi yang menyambut kelahiran pada bulan Mei iaitu Puteri Noor Hawabealla bt Ismail, Nor Fatehah bt Abdullah, Nur Aimie Alia bt Jajoli dan Nur Afiqah bt Azhar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *