Rabu, 2 Januari 2013

Tahniah PMR 2012

Setiap kali awal tahun persekolahan, Koperasi SMK Jalan Reko Kajang Berhad dan Pengetua SMK Jalan Reko akan memberikan cenderahati kepada pelajar cemerlang PMR sebagai perangsang kepada calon PMR tahun berikutnya untuk berusaha lebih gigih.
  

Seramai 6 orang pelajar mendapat 8A dan seorang pelajar mendapat 7A dalam peperiksaan PMR 2012 iaitu :
Khairul Anwar bin Abu Khair (8A)
Muhammad Aiman bin Abdul Hafiz (8A)
Prabawathi a/p Ravindran (8A)
Abdul Wafiy bin Abdul Kahar (8A)
Farah Adlina binti Mohammad Yazah (8A)
Nur Anissa binti Azman (8A)
Thirukkumaran a/l Palu (7A)

Tahun ini, pelajar-pelajar cemerlang ini menerima RM 50 seorang dan cenderahati ini disampaikan oleh  Pn. Zaitun bt. Ibrahim pada perhimpunan pertama pagi tadi. Diharapkan pelajar-pelajar ini akan lebih cemerlang pada masa hadapan dan pelajar-pelajar lain akan lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, seterusnya kejayaan dalam hidup mereka.

Isnin, 31 Disember 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu & Peralihan 2013

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan tahun 2013 diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi.  Program ini dimulakan dengan taklimat pendaftaran oleh para pentadbir kepada ibu bapa di Dewan Lestari.  Selepas itu ibu bapa membawa pelajar ke kelas untuk pendaftaran dan mengambil buku teks di Bilik SPBT.

 

Koperasi dibuka seawal jam 7.30 pagi untuk menjual keperluan persekolahan dan buku rampaian kepada para pelanggan yang hadir. Seramai 4 orang guru dan 15 orang Pengawas Koperasi terlibat untuk  menjalankan urusan di dalam kedai koperasi. 

 
 

Koperasi juga berurusan dengan guru tingkatan yang ditugaskan untuk mengutip wang daripada ibu bapa murid Tingkatan Satu berjumlah RM 17.50 bagi bayaran Fail Peribadi, Fail PBS dan Yuran serta Saham Koperasi.  Murid Peralihan pula dikehendaki membayar RM 7.50 bagi bayaran Fail Peribadi dan Yuran serta Saham Koperasi. Hanya Resit bayaran diberikan kepada ibu bapa. Barang-barang jualan ini tidak diberikan kepada ibu bapa tetapi akan terus diserahkan kepada guru tingkatan untuk urusan selanjutnya.

 

Kedai koperasi ditutup jam 1.00 petang.  Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan Pengawas Koperasi yang bersama-sama berpenat lelah dan bermandi peluh untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Ringan Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *