Rabu, 9 Februari 2011

Pelantikan Pengawas Koperasi Baru (Petang)



Seramai 15 orang Pengawas Koperasi baru (Tingkatan 1 & 2) telah dilantik di dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar yang diadakan semasa Perhimpunan Rasmi di Dataran Wawasan petang semalam.



Balqis bt. Mohd Zazilah dari Tingkatan 2 SP 1 mewakili Pengawas Koperasi Petang menerima Watikah Pelantikan yang disampaikan oleh En. Zulhemay b. Jidin, Penolong Kanan Petang.



Diharapkan Pengawas Koperasi yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan menjaga amanah serta kepercayaan yang diberikan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *